Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1965
Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1965

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1965

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1965, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara ke-3, ialah acara pelbagai sukan Asia Tenggara yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 14 hingga 21 Disember 1965 dengan 14 sukan ditampilkan dalam temasya tersebut. Pada asalnya temasya ini dianjurkan oleh Laos, namun Laos tidak dapat memenuhi komitmen penganjurannya kerana masalah kewangan dan kemudiannya telah menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2009 beberapa dekad kemudian. Dua tahun sebelum itu, Sukan SEAP ketiga telah dibatalkan kerana Kemboja menarik diri daripada menjadi tuan rumah acara itu kerana perselisihan dalaman. Ini adalah kali pertama Malaysia menganjurkan temasya tersebut. Malaysia merupakan negara ketiga menjadi tuan rumah Sukan Semenanjung Asia Tenggara, yang kemudiannya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara selepas Thailand dan Burma. Sukan itu dirasmikan dan ditutup oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Stadium Merdeka. Kutipan pingat didahului oleh Thailand diikuti tuan rumah Malaysia dan Singapura.

Rujukan

WikiPedia: Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1965 http://www.ocasia.org/game/MWinner.aspx?CntbEpEabM... http://www.seagfoffice.org/games.php?y=18 https://web.archive.org/web/19980111005738/http://... https://web.archive.org/web/20011207141223/http://... https://web.archive.org/web/20081011071000/http://... https://web.archive.org/web/20091204132925/http://... https://web.archive.org/web/20120801031004/http://... https://web.archive.org/web/20161027193143/http://... https://web.archive.org/web/20180228131510/http://... https://web.archive.org/web/20181106070624/http://...